Saturday, 14 February 2015
mee goreng tengkera
Assalamualaikum hai hari ni saya nak share sikit tentang satu makanan yang agak unik bagi saya tetapi bukan kerana makanannya tetapi kerana namanya...makanana yang ingin saya share adalah mee goreng bodoh..Bila dengar nama mee ni je saya dah terdetik kenapa panggil mee bodoh adakah akan bodoh setelah makan mee ni tapi tak., ini kerana mee goreng ini sangat terkenal di tengkera melaka dan pada hari minggu anda perlu beratur untuk mendapat tempat duduk untuk makan mee goreng bodoh ini. Daripada apa yang saya selidik mee ini di panggil mee goreng bodoh kerana mee ini terdapat banyak minyak dan hanya mengandungi taugeh dan sambal,telur goreng harus beratur untuk mendapatkannnya,, tetapi oramg ramai masih ingin beratur panjang untuk mendapatkan mee ini, disebabakan itulah mee ini mendapat gelaran mee goreng bodoh. saya juga telah mencuba sendiri mee goreng ini bersama kawan-kawan jadi sesiapa yang nak merasai sendiri mee goreng ini bolehlah pergi ke kedai beliau yang terletak di tengkera melaka. kedai ini tutup pada hari khamis.saya juga menyarankan kepada foodlover supaya mencuba kerana keunikkan namanya..bagi saya mee ini boleh tahan juga sedapnya disebabkan sambalnya.ok la pembaca foodhunter selamat memcuba makanan yang unik ini........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment