Friday, 27 February 2015

kek batik sedap

Assalamualaikum hai hari ni saya nk share sikit makanan favourite kawan saya Nadzirah kecik kek batik

Bahan-bahan :
250g biskurt marie
150g buttercup
1 cawan milo
6 sudu serbuk koko
4 biji telur
1/2 tin susu pekat


cara pembuatannya:
pertama sekali patah-patahkn biskut marie
selepas itu, masukkan milo,serbuk koko, telur, susu ke dalam kuali dan gunakan api sederhana
gaul sehingga sebati kemudian masukkan buttercup
gaul sehingga sekata kemudian padamkan api
kemudian masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tadi.
akhir sekali masukkan biskut kedalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk
sedia dihidang

*sesuai untuk makan bila-bila masa sahaja
jumpa lagi.....

Saturday, 14 February 2015

mee goreng tengkera


Assalamualaikum hai hari ni saya nak share sikit tentang satu makanan yang agak unik bagi saya tetapi bukan kerana makanannya tetapi kerana namanya...makanana yang ingin saya share adalah mee goreng bodoh..Bila dengar nama mee ni je saya dah terdetik kenapa panggil mee bodoh adakah akan bodoh setelah makan mee ni tapi tak., ini kerana mee goreng ini sangat terkenal di tengkera melaka dan pada hari minggu anda perlu beratur untuk mendapat tempat duduk untuk makan mee goreng bodoh ini. Daripada apa yang saya selidik mee ini di panggil mee goreng bodoh kerana mee ini terdapat banyak minyak dan hanya mengandungi taugeh dan sambal,telur goreng harus beratur untuk mendapatkannnya,, tetapi oramg ramai masih ingin beratur panjang untuk mendapatkan mee ini, disebabakan itulah mee ini mendapat gelaran mee goreng bodoh. saya juga telah mencuba sendiri mee goreng ini bersama kawan-kawan jadi sesiapa yang nak merasai sendiri mee goreng ini bolehlah pergi ke kedai beliau yang terletak di tengkera melaka. kedai ini tutup pada hari khamis.saya juga menyarankan kepada foodlover supaya mencuba kerana keunikkan namanya..bagi saya mee ini boleh tahan juga sedapnya disebabkan sambalnya.ok la pembaca foodhunter selamat memcuba makanan yang unik ini........

Thursday, 5 February 2015

coconut shake klebang





Hai assalamualaikum hari ni saya nak story sikit pasal tempat wajib yang harus peminat- peminat coconut shake kumjumgi jika berada di Melaka Bandaraya Bersejarah. Tempat nya terletak di klebang dan di panggil coconut shake Klebang. Tempat nie sangat terkenal kerana coconut shakenya yang terbaik dari ladang dan hanya berharga RM 2.20 dan tempat ini telah dikunjungi oleh ramai artis terkenal antaranya Aaron Aziz, Nelydia Senrose, Qi Razali dan ramai lagi artis terkenal Malaysia. Di klebang coconut shake selain coconut shake terdapat juga pelbagai jenis minuman lain dan makanan. Antara makanan yang terdapat disitu ialah nasi lemak, kuih-muih, mihun goreng pulut kuning dan keropok lekor. Selain boleh menikmati coconut shake disitu, anada juga boleh membawa pulang untuk berkongsi kegembiraan dan keenakkan coconut shake bersama insan tersayang.

*jadi sesiapa yang belum pernah cuba boleh lah memcuba pasti nak lagi..ok la see you soon.....